Monday, December 24, 2018


Assalamualaikum .Pembuka kata , nama saya Syazwan atau dikenali sebagai wan . Saya berasal dari Kajang Selangor, lahir pada 21 July dan kini berumur 20 tahun . Buat masa ini, saya sedang melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam dalam jurusan Diploma Muzik. Saya ingin berkongsi pengalaman tentang bagaimana saya menceburi bidang muzik pada zaman modern ini. Pada awalnya ketika saya tingkatan 1 saya sering mengikut ayah saya ke konsert-konsert besar kerana ayah saya merupakan Pengurus Kumpulan XPDC iaitu kumpulan rock tanah air dan melihat pemuzik professional melalukan persembahan dan dari situ saya berminat bermain alat muzik iaitu drum. Pada hari ini, saya ingin menceritakan pendapat saya terhadap muzik tanah air Malaysia terkini.

Yang pertama pemuzik di Malaysia ramai yang mempunyai bakat dan masing-masing mempunyai kebolehan tersendiri dari yang muda sampai ke yang tua “otai”. Akan tetapi ramai pemuzik tempatan kekurangan tawaran dari segi persembahan dan sebagainya kerana kekurangan ilmu lebih mendalam lagi tentang seni muzik dan seni persembahan. Bagi saya, terdapat akademi muzik di Malaysia yang boleh dikatakan bagus untuk menimba ilmu tentang seni muzik sebagai contoh Aswara, Uitm, icom , Yamaha , University Lim Kok Weng dan lain-lain lagi. Kadang-kala terdapat sekelompok pemuzik yang tidak memberi peluang dan kerjasama terhadap bakat muda untuk mempromosikan karya mereka, boleh dikatakan semua tawaran pemuzik tersebut ingin “sailang” dan “sapu” bersih. Itulah punca mengapa bakat orang muda terpendam dan dibiarkan begitu sahaja. Pendapat saya , janganlah berpolitik dalam melakukan persembahan atau sebagainya malah berilah peluang pada bakat yang muda kerana yang muda inilah yang akan mewarisi segala pada masa hadapan.


           Seterusnya ialah sejak zaman Tan Sri P. Ramlee lagi kita telah mempunyai ramai pemuzik yang berbakat dan orang dalam industri seperti peniaga , karyawan , produksi , dan penyanyi sudah pun berjaya pada zaman itu . Banyak transaksi , jual beli , pinjaman wang , kontrak rakaman dan perjanjian antara penggiat seni dan pemain industri yang telah berlaku dari zaman P. Ramlee sehinggalah sekarang munculnya ‘New Media’ iaitu zaman digital kita pada hari ini.


  Oleh itu, Industri muzik kita memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan para artis, karyawan dan pemuzik. Banyak wang ringgit yang telah pun kita kongsi bersama dari hasil perniagaan seni kita. Akan tetapi kita terbelenggu dengan masalah industri yang tidak ada penyelesaian sehingga ke hari ini iaitu berlakunya 'CETAK ROMPAK". Semua orang tahu bahawa perompak sentiasa ada dikeliling kita, cuma kita tidak tahu siapakah perompak-perompak itu, malahan "Pemain Industri" pun tidak tahu siapakah perompak-perompak ini. Semua hasil kita telah dicetak rompak dan tiada seorang pun yang boleh elak dari hasilnya dirompak, dan kita pun tahu yang tidak ada mana-mana pihak yang dapat membendung kegiatan ini, mahupun "Pemain Industri" atau Kerajaan.  Para karyawan, artis, pemuzik dan syarikat-syarikat rakaman telah menanggung kerugian yang berjumlah berjuta-juta ringgit atau kemungkin berbillion ringgit jika dikira, akan tetapi yang pastinya tidak ada seorang pun yang pernah ditangkap dan dihukum atas perbuatan jenayah ini.


 Masalah cetak rompak ini 'kononnya' sudah berakhir dengan sendirinya apabila industri ini tiada lagi "penjualan fisikal" atau pun "penjualan hard copy" iaitu penjualan record, kaset dan CD, apabila datangnya "Era Digital". Bunyinya seakan-akan masalah sudah selesai dan perkara ini menjadi reda. Walaubagaimapun sebenarnya kita tetap menanggung kerugian yang berjuta ringgit atau mungkin berbillion ringgit atas kegiatan yang langsung tidak dibendung ini. Kini dizaman kemajuan digital ini , kita boleh mengawal perniagaan seni ini tanpa campur tangan pihak lain, iaitu kita boleh rakam sendiri 'produk' kita. Boleh jual "hardcopy" kita sendiri dan mempromosi produk kita sendiri (kalau dahulunya kita MESTI dibawah naungan syarikat rakaman kerana itulah peraturan undang-undang media di negara ini). Jadi, sekarang ini siapakah yang bertanggungjawab untuk mengawal aktiviti perniagaan seni kita ini? Adakah "Syarikat-syarikat Rakaman Gergasi" seperti EMI, SONY, WARNER, BMG, POLYGRAM ataupun persatuan-persatuan muzik/seni seperti RIM,AIM atau pun badan-badan pengutip royalti? Siapakah yang bertanggungjawab untuk membela nasib perniagaan kita sekarang? Hmm…masalahnya majoriti syarikat-syarikat gergasi dan persatuan-persatuan ini pun telah berkubur (bankkrup) disebabkan corak perniagaan yang berubah secara keseluruhannya disebabkan kecanggihan teknologi digital.


       Dalam pada ketidaktentuan cara menjual hasil seni ini, industri muzik masih menpunyai "income", iaitu dari kutipan ROYALTI dari persembahan-persembahan awam yang berjumlah lebih seratus juta setahun. Tidak silap saya royalti yang RIM, MACP, PRISM dan RPM kutip dari pengguna-pengguna  seperti RADIO, KARAOKE, HOTEL-HOTEL, KELAB MALAM dan lain-lain  itu saja "income" yang ada untuk dikongsikan bersama sekarang. Royalti ini dipanggil Performance Royalty yang maksud lagu-lagu yang telah dirakam dan dimainkan untuk persembahan awam . Duit royalti ini lah yang direbutkan oleh dua badan pengagihan sekarang, Prism Berhad dan RPM Berhad. Dalam kemelut perebutan ini, penyanyi,pemuzik dan penyanyi latar yang menanggung kerugian besar,bukan badan PERSATUAN SYARIKAT-SYARIKAT RAKAMAN, KOMPOSER DAN PENULIS LIRIK yang sudah bertahun-tahun selesa dengan kutipan dan agihan royalti ini, cuma artis persembahan (MUSIC PERFORMERS) yang menjadi mangsa.


 Pada zaman digital ini sudah terang-terangan cara perniagaan dahulu iaitu menjual CD (hardcopy) sudah pupus budayanya (iaitu budaya syarikat rakaman besar dan pengawasan penjualan oleh RIM). Ini semua sudah tidak relevan. Satu-satunya punca income industri ini iaitu performance royalty pun masih tidak ada jalan penyelesaiannya untuk pelaku dan pembikin muzik jika menurut teknik lama. Maka , dengan wujudnya kemajuan digital para pengiat seni boleh mengawal selia pengedaran hasil karya dan persembahan menerusi platform seperti youtube , Spotify , joox , itunes, icloud dan lain –lain lagi . Menerusi cara ini , barulah kegiatan cetak rompak dapat dikawal dan para artis tidak lagi teraniaya .

Sebagai konklusi, pemeliharaan teknologi dalam industri muzik telah mengubah cara dulu. dengan ketara, peranti teknologi mempunyai kesan yang besar terhadap cara kita bekerja, interaksi dengan orang lain di seluruh dunia, idea perkongsian dan kerjasama antara para pemuzik dan artis yang melampaui sempadan. untuk terus kekal dan maju kita perlu terus mengemas kini peranti teknologi terkini yang memperkenalkan ke pasaran seluruh dunia.





No comments:

Post a Comment