Assalamualaikum
.Pembuka kata , nama saya Syazwan atau dikenali sebagai wan . Saya berasal dari
Kajang Selangor, lahir pada 21 July dan kini berumur 20 tahun . Buat masa ini, saya
sedang melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam dalam jurusan Diploma Muzik.
Saya ingin berkongsi pengalaman tentang bagaimana saya menceburi bidang muzik
pada zaman modern ini. Pada awalnya ketika saya tingkatan 1 saya sering
mengikut ayah saya ke konsert-konsert besar kerana ayah saya merupakan Pengurus
Kumpulan XPDC iaitu kumpulan rock tanah air dan melihat pemuzik professional
melalukan persembahan dan dari situ saya berminat bermain alat muzik iaitu
drum. Pada hari ini, saya ingin menceritakan pendapat saya terhadap muzik tanah
air Malaysia terkini.
Yang
pertama pemuzik di Malaysia ramai yang mempunyai bakat dan masing-masing mempunyai
kebolehan tersendiri dari yang muda sampai ke yang tua “otai”. Akan tetapi
ramai pemuzik tempatan kekurangan tawaran dari segi persembahan dan sebagainya
kerana kekurangan ilmu lebih mendalam lagi tentang seni muzik dan seni
persembahan. Bagi saya, terdapat akademi muzik di Malaysia yang boleh dikatakan
bagus untuk menimba ilmu tentang seni muzik sebagai contoh Aswara, Uitm, icom ,
Yamaha , University Lim Kok Weng dan lain-lain lagi. Kadang-kala terdapat sekelompok
pemuzik yang tidak memberi peluang dan kerjasama terhadap bakat muda untuk mempromosikan
karya mereka, boleh dikatakan semua tawaran pemuzik tersebut ingin “sailang”
dan “sapu” bersih. Itulah punca mengapa bakat orang muda terpendam dan
dibiarkan begitu sahaja. Pendapat saya , janganlah berpolitik dalam melakukan
persembahan atau sebagainya malah berilah peluang pada bakat yang muda kerana
yang muda inilah yang akan mewarisi segala pada masa hadapan.
Seterusnya ialah sejak zaman Tan Sri P. Ramlee lagi kita telah mempunyai
ramai pemuzik yang berbakat dan orang dalam industri seperti peniaga , karyawan
, produksi , dan penyanyi sudah pun berjaya pada zaman itu . Banyak transaksi ,
jual beli , pinjaman wang , kontrak rakaman dan perjanjian antara penggiat seni
dan pemain industri yang telah berlaku dari zaman P. Ramlee sehinggalah
sekarang munculnya ‘New Media’ iaitu zaman digital kita pada hari ini.
Oleh itu, Industri muzik kita memainkan peranan penting dalam
mencorakkan kehidupan para artis, karyawan dan pemuzik. Banyak wang ringgit
yang telah pun kita kongsi bersama dari hasil perniagaan seni kita. Akan tetapi
kita terbelenggu dengan masalah industri yang tidak ada penyelesaian sehingga
ke hari ini iaitu berlakunya 'CETAK ROMPAK". Semua orang tahu bahawa perompak
sentiasa ada dikeliling kita, cuma kita tidak tahu siapakah perompak-perompak
itu, malahan "Pemain Industri" pun tidak tahu siapakah
perompak-perompak ini. Semua hasil kita telah dicetak rompak dan tiada seorang
pun yang boleh elak dari hasilnya dirompak, dan kita pun tahu yang tidak ada
mana-mana pihak yang dapat membendung kegiatan ini, mahupun "Pemain
Industri" atau Kerajaan. Para karyawan, artis, pemuzik dan
syarikat-syarikat rakaman telah menanggung kerugian yang berjumlah berjuta-juta
ringgit atau kemungkin berbillion ringgit jika dikira, akan tetapi yang
pastinya tidak ada seorang pun yang pernah ditangkap dan dihukum atas perbuatan
jenayah ini.
Masalah
cetak rompak ini 'kononnya' sudah berakhir dengan sendirinya apabila industri
ini tiada lagi "penjualan fisikal" atau pun "penjualan hard
copy" iaitu penjualan record, kaset dan CD, apabila datangnya "Era
Digital". Bunyinya seakan-akan masalah sudah selesai dan perkara ini
menjadi reda. Walaubagaimapun sebenarnya kita tetap menanggung kerugian yang
berjuta ringgit atau mungkin berbillion ringgit atas kegiatan yang langsung
tidak dibendung ini. Kini dizaman kemajuan digital ini , kita boleh
mengawal perniagaan seni ini tanpa campur tangan pihak lain, iaitu kita boleh
rakam sendiri 'produk' kita. Boleh jual "hardcopy" kita sendiri dan
mempromosi produk kita sendiri (kalau dahulunya kita MESTI dibawah naungan
syarikat rakaman kerana itulah peraturan undang-undang media di negara ini).
Jadi, sekarang ini siapakah yang bertanggungjawab untuk mengawal aktiviti
perniagaan seni kita ini? Adakah "Syarikat-syarikat Rakaman Gergasi"
seperti EMI, SONY, WARNER, BMG, POLYGRAM ataupun persatuan-persatuan muzik/seni
seperti RIM,AIM atau pun badan-badan pengutip royalti? Siapakah yang
bertanggungjawab untuk membela nasib perniagaan kita sekarang? Hmm…masalahnya
majoriti syarikat-syarikat gergasi dan persatuan-persatuan ini pun telah
berkubur (bankkrup) disebabkan corak perniagaan yang berubah secara keseluruhannya
disebabkan kecanggihan teknologi digital.
Dalam pada ketidaktentuan cara menjual
hasil seni ini, industri muzik masih menpunyai "income", iaitu dari
kutipan ROYALTI dari persembahan-persembahan awam yang berjumlah lebih seratus
juta setahun. Tidak silap saya royalti yang RIM, MACP, PRISM dan RPM kutip
dari pengguna-pengguna seperti RADIO, KARAOKE, HOTEL-HOTEL, KELAB MALAM
dan lain-lain itu saja "income" yang ada untuk dikongsikan
bersama sekarang. Royalti ini dipanggil Performance Royalty yang maksud
lagu-lagu yang telah dirakam dan dimainkan untuk persembahan awam . Duit
royalti ini lah yang direbutkan oleh dua badan pengagihan sekarang, Prism
Berhad dan RPM Berhad. Dalam kemelut perebutan ini, penyanyi,pemuzik dan
penyanyi latar yang menanggung kerugian besar,bukan badan PERSATUAN
SYARIKAT-SYARIKAT RAKAMAN, KOMPOSER DAN PENULIS LIRIK yang sudah bertahun-tahun
selesa dengan kutipan dan agihan royalti ini, cuma artis persembahan (MUSIC
PERFORMERS) yang menjadi mangsa.
Pada zaman digital ini sudah terang-terangan
cara perniagaan dahulu iaitu menjual CD (hardcopy) sudah pupus budayanya (iaitu
budaya syarikat rakaman besar dan pengawasan penjualan oleh RIM). Ini semua
sudah tidak relevan. Satu-satunya punca income industri ini iaitu performance
royalty pun masih tidak ada jalan penyelesaiannya untuk pelaku dan pembikin
muzik jika menurut teknik lama. Maka , dengan wujudnya kemajuan digital para pengiat
seni boleh mengawal selia pengedaran hasil karya dan persembahan menerusi
platform seperti youtube , Spotify , joox , itunes, icloud dan lain –lain lagi
. Menerusi cara ini , barulah kegiatan cetak rompak dapat dikawal dan para
artis tidak lagi teraniaya .
Sebagai konklusi, pemeliharaan teknologi dalam industri muzik telah
mengubah cara dulu. dengan ketara, peranti teknologi mempunyai kesan yang besar
terhadap cara kita bekerja, interaksi dengan orang lain di seluruh dunia, idea
perkongsian dan kerjasama antara para pemuzik dan artis yang melampaui
sempadan. untuk terus kekal dan maju kita perlu terus mengemas kini peranti
teknologi terkini yang memperkenalkan ke pasaran seluruh dunia.